Perniagaan ini telah dimulakan secara kecil-kecilan dengan menyewa sebuah gerai kecil milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Selepas 6 tahun beroperasi, perniagaan ini telah berpindah ke Wisma Yakin dan namanya telah ditukar pada Pustaka Indonesia.
Pada tahun 1983, pemiliknya Musnal b. Alias telah meninggal dunia dan perniagaan telah beralih kepada perniagaan perkongsiaan yang terdiri daripada 4 orang pekongsi iaitu Zulhelmi, Agusalim, Gusmen and Hasnil.
Pada tahun 2005, Pustaka Indonesia telah dibubarkan dan ditubuhkan semula sebagai Pustaka Rezeki Harapan dengan pemilik baru iaitu Zulhelmi Bt Nurmawan bersama anak-anaknya Zulfi Musrianto, Zulfina Musrawati dan Zumi Hidayani.
Perniagaan ini masih dijalankan sehingga hari ini.
No comments:
Post a Comment